Undi awal DUN N.42 Tioman, bermula lancar di bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan di bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.<br /><br />Seramai 243 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat mengundi di dua saluran yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang di IPD Rompin dan 8 pagi hingga 12 tengahari di Balai Polis Tekek Pulau Tioman.